Header Ads

test

 Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin menyantuni keluarga Muhammad Rizal Ismail di Kampung Kubang Siam Alor Janggus, pagi ini.





Keluarga ini telah menghadapi musibah kebakaran rumah kediaman mereka pada 14 Mei 2024, yang mana keseluruhan rumah mereka hangus dijilat api.

Beliau turut menyampaikan bantuan segera kepada mangsa, dan bantuan lain yang bersesuaian akan disalurkan dalam masa terdekat. 

Semoga keluarga Muhammad Rizal tabah dan reda menghadapi ujian ini. 

Turut hadir bersama Penghulu Mukim Padang Lalang, Encik Mohamad Amin Yahya; Ahli Majlis Majlis Bandaraya Alor Setar, Encik Ahmad Tajuddin dan Encik Basir Ahmad bersama MKK kawasan.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan