Header Ads

test

 AGIHAN KEWANGAN ZAKAT GURU & KAKITANGAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT FASA 1 TAHUN 2024


KINI DIBUKA 📌


Lembaga Zakat Negeri Kedah mempelawa pemohon yang sedang berkhidmat sebagai guru dan kakitangan sepenuh masa di sekolah-sekolah agama rakyat yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah untuk memohon agihan ini.


SYARAT KELAYAKAN


1️⃣Pemohon sedang menetap di negeri Kedah dan berkhidmat di sekolah agama rakyat yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) secara sepenuh masa.


2️⃣ Kategori pekerjaan pemohon yang layak memohon adalah seperti berikut :


i. Guru/ Tenaga Pengajar 

ii. Pentadbiran Sekolah : Mudir/ Pengetua/ Guru Besar/ Penolong Kanan

iii. Kakitangan Sokongan : Kerani/ Pembantu Tadbir/ Pembantu Guru/ Penyelia Asrama/ Pembantu Koperasi

iv. Pekerja Am : Tukang Masak/ Tukang Cuci/ Pengawal Keselamatan/ Pemandu (Yang dibayar gaji oleh pihak sekolah)


3️⃣Tempoh berkhidmat di sekolah sekurang-kurangnya tiga puluh enam (36) bulan. 


4️⃣Guru/ Kakitangan Bukan lantikan perkhidmatan di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri, JHEAIK.


5️⃣Jumlah pendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM 2,500.00.


KAEDAH PERMOHONAN


⭕️Permohonan boleh dibuat secara atas talian di link 


https://agihan.zakatkedah.com.my/


Panduan Permohonan Boleh Disemak Melalui Pautan Berikut : 👇


https://bit.ly/PanduanAgihanSARFasa1


PERMOHONAN DIBUKA SEHINGGA


Permohonan dibuka sehingga 30 Jun 2024


📢 Maklumat lanjut sila hubungi :


Divisyen Pendidikan

Lembaga Zakat Negeri Kedah

 +604-7331740  / +6013-459 2071 (Tel/Whatsapp)

Email : pendidikan@zakatkedah.com.my

 Facebook : Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman 


" Zakat Anda Merubah Asnaf " 


▶️ Panjangkan makluman ini, untuk kebaikan asnaf di Negeri Kedah


#ZakatAndaKamiAgih

#AgihanGuruKakitanganSAR


➖➖➖➖➖➖➖


Jom Kira dan Bayar Zakat Anda Di Sini 👇


https://jom.zakatkedah.com.my/


Tarikh Iklan : 6 Mei 2024


Tiada ulasan