Header Ads

test

LAWATAN KERJA MB DAN DELEGASI KE UK & IRELAND


Lawatan Kerja Kerajaan Negeri Kedah ke United Kingdom dan Republic of Ireland

Delegasi Kerajaan Negeri Kedah yang diketuai oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor disertai oleh Exco Kerajaan Negeri Kedah (Pegerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi & Inovasi), YB Dr Haim Hilman, Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Dato’ Wira Haji Isahak Murat serta beberapa pegawai kerajaan bersama wakil Yayasan Isra akan mengadakan lawatan kerja ke United Kingdom (UK) dan Ireland bermula 17 Mei hingga 26 Mei 2024.

Beberapa pertemuan bersama pihak berkepentingan di UK dan Ireland dijangka diadakan melibatkan kerjasama strategik dalam bidang pendidikan tinggi, sumber manusia dan tenaga kerja.

Lawatan kerja ini merupakan salah satu usaha ke arah menjayakan agenda pengukuhan kerjasama strategik luar Negeri Kedah ke arah mencapai gagasan The Greater Kedah.

Tiada ulasan