Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


Tidak terungkap dengan kata-kata, kelihatan raut wajah kegembiraan seorang nelayan apabila kediamannya mula mendapat air bersih. Sabri menarik nafas lega apabila ADUN Ayer Hangat, YB Shamsilah Siru memohon bekalan air bersih di rumahnya di Kampung Sungai Itau, Ayer Hangat, Langkawi. Katanya, setelah sekian lama mereka hanya bergantung kepada air bukit sahaja untuk menjalankan aktiviti harian. Menurut YB Shamsilah, pihaknya membuat permohonan kepada SADA setelah mendapat aduan berkaitan rumah penduduk yang masih tiada saluran air bersih. "Alhamdulillah, syukur proses pemasangan berjalan lancar. Semoga bantuan ini memberi keselesaan kepada penduduk," ujarnya. Beliau merakamkan penghargaan kepada Ketua Eksekutif SADA, Radzuan Othman yang merealisasikan impian keluarga ini untuk mendapatkan bekalan air bersih. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 5/20/2024, 12:39:34 PM 

Tiada ulasan