Header Ads

test

RAWATAN PRA HOSPITAL : MAMPU LINDUNGI DAN SELAMATKAN NYAWA




ALOR SETAR - Rawatan pra hospital adalah perkhidmatan perawatan menyelamatkan nyawa dengan segera. 

Ianya selari dengan tema Persidangan Prehospital Administrative And Disaster (PADCON) iaitu ‘Pioneering Excellence in Prehospital Care and Disaster Response’.

Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din berkata tema itu memperkukuhkan pentingnya penyediaan dan latihan dalam menangani kecemasan. 

“Saya yakin dengan penganjuran program ini, kita dapat memupuk norma baharu untuk perkongsian pengetahuan berterusan dalam aktiviti penyelidikan dan juga penerbitan, dapat membuka peluang untuk kolaborasi antara penyelidik, profesional perubatan & kesihatan serta pegawai-pegawai dari industri  berkenaan di Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Persidangan Prehospital Administrative And Disaster (PADCON) anjuran bersama di antara Kulliyyah Sains Perubatan & Kesihatan, UniSHAMS dan The Malaysian College of Emergency Physicians bertempat di Raia Hotel, hari ini.

Tambah beliau, program itu dapat membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti penyelidikan dan seterusnya dapat menyumbang kembali manfaatnya kepada masyarakat.

Jelasnya lagi, kini keupayaan untuk memberikan penjagaan yang celup dan pantas sebelum pesakit sampai ke hospital merupakan suatu keperluan yang semakin penting.

Katanya, kecemerlangan dalam rawatan pra-hospital dan pengurusan tindak balas bencana memerlukan kerjasama yang erat antara pelbagai pihak termasuk badan kebajikan awam, badan kesihatan, pihak berkuasa tempatan, dan masyarakat setempat. 

“Penekanan pada kecemerlangan dalam rawatan pra-hospital dan tindak balas bencana bertujuan untuk melindungi dan menyelamatkan nyawa.

“Islam mengajar untuk memelihara nyawa manusia dan memberi pertolongan kepada yang memerlukan tanpa mengira bangsa, agama, atau status sosial.

“Saya pasti, program ini dapat menimbulkan kesedaran serta dapat berkongsi ilmu dari pelbagai aspek tentang langkah-langkah yang dapat membawa kepada peningkatan keselamatan dan kesejahteraan umum tentang pengurusan tindak balas bencana,” kata beliau.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan