Header Ads

test







 3,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada rakyat Kedah!

Kepada rakyat Kedah yang sedang mencari peluang kerjaya, jangan lepaskan peluang hadir ke KHTP Job Fair dan MyFutureJobs yang bakal diadakan di Taman Perindustrian Hi-Tech Kulim 9 Jun 2024.

Pameran kerjaya ini bukan sahaja akan menawarkan peluang pekerjaan kepada 3,000 rakyat Kedah, malah pameran ini selaras dengan visi Kedah 2035 untuk membangunkan sumber manusia yang berkualiti dan berdaya saing.

Kerajaan negeri sentiasa menyokong usaha-usaha yang dapat memperkasakan kuasa beli rakyat dan memperkukuhkan sektor pekerjaan di negeri Kedah. 

Pameran kerjaya ini ialah contoh bagaimana kerjasama antara agensi, majikan, dan kerajaan dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan