Header Ads

test

PESAKIT TERLANTAR DAERAH KUBANG ROTAN TERIMA BANTUAN BKPT




KUALA KEDAH - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan negeri Kedah, YB Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah Saad menyantuni tiga pesakit terlantar dalam daerah Kubang Rotan bagi menyerahkan Bantuan Keperluan Khas Pesakit Terlantar (BKPT).

Tiga pesakit adalah Osman Abdul Wahab, 48 terlantar sakit akibat stroke separuh badan, Hashim Zakaria, 80 yang terlantar akibat strok dan Manaf Musa, 72 orang kurang upaya (OKU) fizikal.

“Saya berharap jika ada lagi kes-kes yang terpinggir dan terlepas pandang, masyarakat boleh hubungi pusat khidmat masing-masing untuk kita turun padang menyantuni mereka.

“Program ini adalah salah satu inisiatif baru untuk kerajaan negeri berkolaborasi dengan agensi kerajaan bagi membantu rakyat negeri Kedah yang terlantar sakit,” ujarnya. 

Turut hadir Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi; Pegawai Khas YAB Menteri Besar Negeri Kedah, Ustaz Mohd Azam Abd Aziz, wakil Majlis Agama Islam Negeri Kedah, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, wakil Lembaga Zakat Negeri Kedah, Majlis Ketua Kampung dan wakil Pusat Khidmat Kubang Rotan.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan