Header Ads

test

JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN


JABATAN MUFTI NEGERI KEDAH DARUL AMAN KENYATAAN MEDIA MUFTI NEGERI KEDAH MENYOKONG RANG UNDANG-UNDANG MUFTI (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 2024 TANPA PINDAAN الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه، أما بعد: Saya dengan ini menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 sebagai punca kuasa kepada Pejabat Mufti Wilayah-Wilayah untuk penambahbaikan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan selaras dengan peruntukan undang-undang. Peruntukan RUU yang mantap dan menyeluruh merangkumi bidang kuasa Pejabat Mufti Wilayah-Wilayah iaitu Fatwa, Falak dan Tauliah Mengajar Agama Islam. Saya juga turut menyokong syarat pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti hendaklah dalam kalangan individu yang berpegang kepada aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah daripada aliran al-Asyairah dan al-Maturidiyyah, dari aspek Syariat mengikut Mazhab Syafie (boleh berpegang kepada Mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali atau ijtihad hukum yang memberi maslahah kepada masyarakat Islam) dan dari aspek Tasawuf berdasarkan pegangan Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali r.h. Kepentingan undang-undang ini merujuk kepada pandangan Imam al-Ghazali r.h: ولا نظام للدين إلا بنظام الدنيا. Maksudnya: Tidak akan lurus untuk urusan agama melainkan lurusnya peraturan atau sistem dunia. Semoga RUU ini dapat menjadi platform terbaik dalam usaha memantapkan pengurusan pentadbiran Pejabat Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan. حسبنا الله ونعم الوكيل، نعم المولى ونعم النصير. DATO' PADUKA SYEIKH FADZIL B. HJ. AWANG, DPSS., DSDK., AMK., BCK. Mufti Negeri Kedah Darul Aman 8 Julai 2024 bersamaan 2 Muharam 1446. -UPDA 7/8/2024, 4:38:11 PM 

Tiada ulasan