Header Ads

test

KLINIK USAHAWAN AGRO: BANTU USAHAWAN CELIK PEMASARAN DIGITAL


KLINIK USAHAWAN AGRO: BANTU USAHAWAN CELIK PEMASARAN DIGITAL ALOR SETAR - Klinik Usahawan Agro: Bangkit Niaga adalah inisiatif untuk membantu para usahawan negeri Kedah untuk memasarkan produk agro agar dapat dipasarkan dengan lebih luas dan berjaya menembusi pasaran global. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani, kerajaan negeri Kedah sentiasa memberi sokongan dan galakan kepada sebarang usaha memperluaskan pasaran produk agro negeri Kedah ke seluruh Malaysia dan dunia. Katanya program ini diadakan untuk memberi manfaat sebanyak mungkin kepada usahawan negeri Kedah bagi berinteraksi mendapatkan maklumat daripada pihak-pihak kerajaan dan institusi kewangan berkenaan peluang perniagaan. "Menjadi harapan saya untuk melihat bangunan Ukir Mall yang tersergam indah dan dilengkapi dengan pelbagai prasarana terkini ini, menjadi satu hub atau platform utama bagi produk agro negeri Kedah dipasarkan samada secara offline dan online ke seluruh Malaysia dan dunia." Beliau berkata demikian ketika merasmikan Klinik Usahawan Agro: Bangkit Niaga bertempat di Ukir Mall di sini, hari ini. Tambahnya, ramai anak-anak muda berminat menceburi bidang perniagaan tetapi kurang pendedahan dan kurang mendapat maklumat yang sepatutnya mereka dapat. Katanya, anak muda jangan takut untuk menceburi bidang pertanian kerana bidang pertanian akan mendapat tumpuan dunia di masa hadapan. "Bidang keusahawan merupakan bidang cukup murni kerana Rasulullah SAW juga berniaga dan 90 peratus sumber rezeki melalui perniagaan. "Hasil pertanian dan tanaman di negara kita mendapat permintaan yang tinggi dan berpotensi di luar negara. Pokok panggalnya perlu rajin dan jujur dengan diri sendiri untuk menceburi bidang ini," ujar beliau. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/8/2024, 6:58:15 PM 

Tiada ulasan