Header Ads

test

MENELUSURI SEJARAH KEDAH TUA DI BUKIT KIARA






Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin menghadiri Persidangan Antarabangsa: Sejarah Kedah Tua Berdasarkan Catatan Yi-Jing, yang perasmiannya disempurnakan oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Program yang berlangsung di M Resort & Hotel, Bukit Kiara, Kuala Lumpur itu merupakan sebahagian daripada program meraikan Hubungan Diplomatik 50 Tahun China-Malaysia.

Antara objektifnya adalah untuk menghimpunkan pakar sejarawan dalam dan luar negara bagi berkongsi dapatan terkini berkaitan sejarah Lembah Bujang (Kedah Tua) menerusi sumber catatan Yi-Jing; satu catatan yang merupakan rujukan utama dalam kajian hubungan Tanah Melayu dan China pada abad ke-7 iaitu zaman Dinasti Tang (618-907 Masehi).

Selain itu, ia juga untuk melengkapkan sejarah negara secara lebih konkrit berdasarkan sumber luar yang diyakini kesahihannya di samping memupuk pemahaman dan kesedaran masyarakat terhadap ketinggian serta kehebatan sejarah tamadun negara.

Persidangan anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Muzium Malaysia dan Arkib Negara Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kebudayaan Hari Malaysia itu dihadiri lebih 200 peserta, termasuk pakar-pakar dari dalam dan luar negara.

"Program-program mengimbas, memperkatakan dan mengupas sejarah seperti ini perlu diperbanyakkan kerana secara tidak langsung ia dapat mengukuh jati diri, memupuk patriotisme dan membentuk nilai teras asas dalam perpaduan rakyat menerusi penghayatan terhadap warisan sejarah negara," ujarnya.

Kerajaan Negeri Kedah sentiasa mengalu-alukan apa sahaja usaha baik yang boleh mengangkat nama negeri ini, terutama menerusi sejarah kegemilangan silamnya yang terpahat kukuh sebagai antara yang terhebat di rantau ini.

Tambahnya lagi, beliau yakin semua itu memberi nilai tambah pada usaha menarik kehadiran seramai mungkin pelawat dan pelancong bersempena Tahun Melawat Kedah 2025 nanti.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan