RINGANKAN BEBAN, BANTU KEHIDUPAN
Dalam usaha meringankan beban dan membantu kehidupan rakyat yang memerlukan, satu majlis penyerahan kerusi roda telah diadakan di Pusat Khidmat Wakil Rakyat Kuala Ketil.
Penyerahan kerusi roda ini melibatkan seluruh 36 DUN dalam negeri Kedah dan akan diuruskan oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) serta Penyelaras DUN.
Setiap DUN akan menerima tiga kerusi roda, dengan jumlah keseluruhan sumbangan bernilai RM32,400.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar (B) Mansor Zakaria, dalam ucapannya menekankan kepentingan peranan pusat khidmat dalam mengesan dan membantu mereka yang sakit melalui program-program ziarah kebajikan yang diadakan.
Beliau juga memaklumkan bahawa rakyat negeri ini boleh mendapatkan bantuan melalui Tabung Bantuan Sejahtera (TBS) yang disediakan oleh kerajaan negeri, terutama bagi mereka yang menerima rawatan di hospital dan klinik kesihatan yang disenaraikan.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA
Post a Comment