Header Ads

test

Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post


LIMA DUN PERINTIS PELAKSANAAN TUISYEN RAKYAT SEJAHTERA Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Pendidikan Negeri Kedah telah bersetuju melaksanakan Program Tuisyen Rakyat Sejahtera dalam tempoh dua bulan pada hujung minggu. Lima DUN terpilih sebagai perintis pelaksanaan iaitu Sungai Limau, Pengkalan Kundur, Pedu, Tanjung Dawai dan Belantik serta DUN Kuala Ketil bersetuju untuk turut sertai dengan peruntukan sendiri. Menurut Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat, pelajar yang tidak berpeluang memperolehi Kelas Tambahan Berbayar di luar sesi pembelajaran menjadi keutamaan agar mereka juga berpeluang untuk menambah pengetahuan serta menguasai Mata Pelajaran SPM dengan baik. Katanya, program ini akan menekan empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah dan Matematik. "Semoga dengan kesungguhan para pelajar untuk mencapai kecemerlangan dalam SPM dan program ini juga sebagai sokongan dan dorongan agar mereka mencapai kejayaan tersebut," ujar beliau ketika mempengerusikan mesyuarat penyelarasan Tuisyen Rakyat Sejahtera bertempat di Wisma Darul Aman. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/8/2024, 4:15:56 PM 

Tiada ulasan