Header Ads

test

WARGA EMAS GEMBIRA DAPAT DIAMI RUMAH LEBIH SELESA


WARGA EMAS GEMBIRA DAPAT DIAMI RUMAH LEBIH SELESA BALING - Seorang warga emas dari Kampung Sungai Tembak DUN Kupang gembira dan bersyukur kerana hampir keseluruhan bumbung rumahnya yang bocor telah diganti baharu oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kupang. Aisyah Laim,79, berkata, rumah itu didiami bersama dua anaknya dan seorang cucu. "Sebelum ini kami tinggal dalam keadaan rumah yang bocor sana sini. Ia bocor di bahagian bilik tidur, ruang tamu dan dapur. Kalau hujan waktu malam tak dapat nak tidur. "Saya ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada ADUN Kupang, YB Dato' Najmi yang membantu saya sekeluarga,"katanya. Sementara itu, ADUN Kupang, YB Brigedier Jeneral (Bersara) YB Dato' Haji Najmi Haji Ahmad berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Ketua Kampung (MKK) yang memainkan peranan menyalurkan maklumat kepada pihaknya. "Kerjasama baik sebegini sangat perlu kerana di akhirnya rakyat bawahan akan menerima manfaat. "Insya-Allah PKWR akan membantu lebih ramai lagi penduduk memerlukan,"katanya. Dalam lawatan ke rumah Puan Aisyah baru-baru ini, Pegawai Khas DUN Kupang, Mohd Sabri Abu Bakar hadir membayar baki pembelian dan upah membaiki bumbung kepada pihak kedai. Hadir sama, Pengerusi Majlis Ketua Kampung Charok Salang, Zulkifli Che Teh. "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UrusSetiaPeneranganDarulAman #UPDA -UPDA 7/8/2024, 4:30:53 PM 

Tiada ulasan