ADUN KULIM SUMBANG BANTUAN SEMPENA PERAYAAN KAUM CINA
KULIM - Warga emas dan penduduk miskin di DUN Kulim menerima Bantuan Beras Sejahtera dan bakul makanan daripada ADUN Kulim, YB Wong Chia Zhen, semalam.
Beliau bersama jawatankuasa Pertubuhan Penganut Yee Lan Shen Hui, Taman Selasih Kulim menyantuni penduduk sempena Perayaan Bulan Hantu Lapar.
“Negeri Kedah adalah sebuah negeri yang mempunyai pelbagai budaya. Perayaan tradisional Cina seperti Perayaan Yee Lan Shen Hui (Perayaan Bulan Hantu) bukan sahaja merupakan acara budaya kaum Cina.
“Akan tetapi juga sebahagian daripada kepelbagaian budaya, seluruh masyarakat yang membantu dalam meningkatkan kefahaman dan keharmonian antara kaum,” ujarnya.
Beliau juga memuji usaha masyarakat Cina dalam memelihara budaya tradisional Cina dan semangat kebajikan.
“Saya berharap agar aktiviti seperti ini kerap dijalankan supaya dapat memupuk keprihatinan komuniti dan tanggungjawab sosial. Terima kasih kepada pihak penganjur dan penyumbang bagi menjayakan majlis ini,” katanya lagi.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
#UrusSetiaPeneranganDarulAman
#UPDA
Post a Comment