Header Ads

test





 Sempena Program Bakti Siswa Perdana Peringkat Negeri Kedah yang berlangsung serentak di 12 buah daerah, Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr Haim Hilman Abdullah turun ke kawasannya sendiri di Kampung Tanah Merah, Jitra. 

Katanya, beliau melihat para mahasiswa bersemangat menimba pengalaman dan berbakti kepada masyarakat.  

Beliau gembira melihat suasana positif tersebut dan menyampaikan sedikit kata-kata semangat serta membawa mereka menyelami kehidupan masyarakat kampung yang hidupnya sederhana.

Beliau juga sempat menziarahi beberapa buah rumah penduduk dan mengingatkan juga kepada para mahasiswa untuk santuni masyarakat-masyarakat berkeperluan di ceruk-ceruk kampung. 

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan