Header Ads

test





 Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusoff@Munir Zakaria hadir ke Program Literasi Jerai CPR & AED di Bustanul Anuar, Kampung Perik. 

Katanya, program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kemahiran dalam mengendalikan situasi kecemasan di kalangan masyarakat. 

“Alhamdulillah, saya dapat belajar bersama-sama dengan penduduk kampung berkenaan cara-cara menggunakan CPR dan AED serta teknik-teknik menyelamatkan mangsa dalam situasi kecemasan,” ujarnya. 

Beliau turut menyampaikan sumbangan kewangan bagi membeli peralatan Automated External Defibrillator (AED) kepada Masjid Kg Perik. 

Beliau mengharapkan agar program ini dapat memupuk kesedaran tentang pentingnya ilmu pertolongan cemas dan meningkatkan keselamatan komuniti.  

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

#UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan