Header Ads

test

PERUNTUKAN RM17.5 JUTA ATASI HAKISAN PANTAI



TANJUNG DAWAI – Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM17.5 juta bagi projek kawalan hakisan pantai sepanjang satu kilometer dari Kampung Sungai Pial ke Kampung Tanjung Dawai. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusoff@Munir Zakaria berkata, projek ini akan ditender pada bulan Februari 2025. 

Katanya, langkah kawalan sementera akan dilakukan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). 

“Sebagai langkah kawalan sementara, saya telah berbincang dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membina benteng guni pasir bagi menghalang ombak terus memukul dan menghampiri rumah penduduk di situ,” ujarnya. 

Beliau memaklumkan, baru-baru ini 22 rumah penduduk di Kampung Huma rosak dinaiki air akibat air pasang besar.  

Berikutan itu, Haji Munir hadir menziarahi dan menyampaikan bantuan kewangan kepada semua mangsa terlibat.   

Beliau mengharapkan agar projek yang bakal dilaksanakan ini dapat mengatasi masalah banjir di kawasan itu. 

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”#ExperienceKedah#TheGreaterKedah #UrusSetiaPeneranganDarulAman#UPDA

Tiada ulasan