Header Ads

test

KAMPUNG TERSUSUN PERTAMA DI KEDAH


KUALA NERANG – Kerajaan Negeri Kedah akan melancarkan kampung tersusun pertama di negeri ini pada 30 Oktober depan.
Menurut Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor, projek berkenaan terletak di Kampung Perik, Kuala Nerang dengan 100 lot tanah disediakan untuk golongan yang benar-benar layak.
“Lot tanah ini akan diberi kepada penerima yang tidak mempunyai tanah untuk mendirikan kediaman dengan keutamaan diberikan kepada golongan miskin,” kata Sanusi ketika ditemui dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Geran Hak Milik Tanah di Dewan Komuniti FELCRA Belimbing, Tualak, semalam.
Jelasnya, kerajaan negeri berusaha memastikan projek ini siap sebelum dibuka kepada yang layak memohon.
“Kita siapkan lot tanah dahulu.Pemohonan itu kita akan proses dan tapis betul-betul.Kita nak pastikan dia (pemohon) betul-betul tak ada tanah.
“Perincian tapisan permohonan akan turut dilaksanakan di peringkat Penghulu dan Majlis Ketua Kampung (MKK) untuk memastikan bantuan perumahan diberikan kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan,” katanya.
Tambah beliau, setiap lot tanah berkeluasan 4,000 kaki persegi.
Beliau berharap usaha berkenaan dapat memberi manfaat besar dan meningkatkan kualiti hidup mereka.

Tiada ulasan