PKNK Serah Zakat Pendapatan Hampir RM3 Juta
Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2023 berjumlah RM2,995,965.98 kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).
Majlis Penyerahan Zakat ini disaksikan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Dewan Ukir Mall, Alor Setar.
Semua syarikat yang menunaikan zakat pendapatan ini diberi Sijil Pengesahan Muzzaki oleh LZNK.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Norizan Khazali; Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam Abd Samat; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri Kedah, YB Dato' Mohd Salleh Saidin; Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan, YB Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah Saad; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato' Syeikh Haji Zakaria Othman.
Post a Comment