Header Ads

test

ADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar bersama NGO Cancer Survivors Malaysia serta Crew bersamamu TV3 turun menyampaikan sumbangan kepa...


ADUN Gurun, YB Baddrol Bakhtiar bersama NGO Cancer Survivors Malaysia serta Crew bersamamu TV3 turun menyampaikan sumbangan kepada keluarga Encik Mazwan yang anaknya diuji dengan ujian yang sangat berat iaitu Kanser dan Leukemia. Beliau sebagai bapa juga turut diuji dengan penyakit kanser. Sungguh Allah telah memilih mereka dan anak-anak untuk tempuhi ujian ini dan Insha Allah ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Alhamdulillah, pihak PKWR Dun Gurun telah memberi sumbangan sebelum ini dan dikhabarkan mereka telah menerima bantuan daripada pelbagai agensi iaitu daripada Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak Masjid Bedong membantu dari pelbagai sudut. Ribuan terima kasih kepada NGO Cancer Survivors Malaysia, Crew bersamaMu TV3 dan juga agensi Zakat, JKM dan pihak masjid yang telah membantu keluarga ini. Semoga Encik Mazwan sekeluarga dipermudahkan segala urusan dan diberi kesembuhan daripada pelbagai penyakit.. Aamiin... Kepada yang ingin menyumbang untuk aktiviti kebajikan di Gurun, 𝑺𝒖𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒅𝒊𝒔𝒂𝒍𝒖𝒓𝒌𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒍𝒂𝒍𝒖𝒊 𝒏𝒐 𝒂𝒌𝒐𝒖𝒏 𝒊𝒏𝒊 : 02084 0100 52216 (Bank Islam) Pusat Khidmat Dun Gurun Reference : 𝗦𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗯𝗮𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗚𝘂𝗿𝘂𝗻 "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" Sumber – Baddrol Bakhtiar -UPDA 10/16/2024, 5:31:02 PM 

Tiada ulasan