Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO, YB Wong Chia Zhen mempengerusikan mesyuarat dengan pihak Persatuan Penganut Kuil dan JKR Kota Setar. Beliau juga turun ke tapak berkenaan untuk meninjau dan bersama-sama mencapai penyelesaian yang dipersetujui oleh semua pihak. Kerajaan Negeri Kedah sentiasa mengamalkan sikap sederhana dalam menangani dan menyelaraskan isu-isu seperti ini. Beliau berharap isu itu dapat mencapai keputusan yang memuaskan semua pihak dan membawa keharmonian di dalam negeri ini. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/16/2024, 5:00:21 PM
Post a Comment