ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin mendapat aduan daripada warga Felda Lubuk Merbau berkaitan runtuhan titi di kawasan itu
ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin mendapat aduan daripada warga Felda Lubuk Merbau berkaitan runtuhan titi di kawasan itu. Beliau hadir bersama Ahli Parlimen Padang Terap, YB Ustaz Nurul Amin Hamid untuk meninjau keadaan titi berkenaan untuk diambil tindakan selanjutnya. Katanya, sekiranya runtuhan itu dibiarkan boleh membahayakan nyawa pengguna. Beliau memaklumkan, pihaknya telah membuat aduan kepada pihak berkenaan bagi kerja pembaik pulih tiit tersebut. Kredit Video : @Radzi Md Amin "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua" #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/13/2024, 12:35:53 PM
Post a Comment