Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria mengadakan lawatan ke Projek Pembinaan Bangunan Penyiaran RTM Langkawi. Lawatan ini bertujuan untuk meninjau perkembangan terkini projek yang sedang dilaksanakan. Kerja-kerja pembinaan kini giat dijalankan oleh kontraktor Maju Merga Resources Sdn Bhd dengan kos projek yang dianggarkan berjumlah RM11,454,560.50. Status semasa menunjukkan bahawa tahap pembinaan telah mencapai 16 peratus yang menandakan kemajuan positif dalam usaha untuk menyediakan kemudahan penyiaran yang lebih baik di Langkawi. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/22/2024, 11:00:55 AM
Post a Comment