Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
ADUN Jitra, YB Dr Haim Hilman Abdullah mengadakan kunjungan ke Hospital Jitra bagi mendapatkan maklumat semasa mengenai hospital serta menyampaikan isu-isu berbangkit yang berlegar di media sosial. Kunjungan itu disantuni oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Ismuni Bohari; Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Jeremy Rodney Davis serta Pengarah Hospital Jitra, Dr. Farozi Faizah Fazil. Hadir samai pasukan dari Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat Jitra, Pejabat Daerah Kubang Pasu serta Majlis Perbandaran Kubang Pasu. Beliau dimaklumkan bahawa Pejabat Kesihatan Negeri Kedah akan mengambil serius setiap aduan yang berbangkit. Dalam masa terdekat, Hospital Jitra akan menerima doktor pakar yang akan berkhidmat di sini secara kekal. Pengarah Kesihatan Negeri Kedah menyatakan kepada saya untuk memberikan sedikit masa kepada beliau bagi menambah baik perkhidmatan hospital-hospital di seluruh negeri Kedah. #UPDA #UrusSetiaPeneranganDarulAman -UPDA 10/16/2024, 4:30:13 PM
Post a Comment