Photos from Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA's post
Sekitar Majlis Penyerahan Tabung Usahawan Wanita Sejahtera Negeri Kedah Tahun 2024. Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Besar, YAB Dato' Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor di Dewan Seri Mentaloon. Tabung Usahawan Wanita Sejahtera ini diwujudkan sebagai platform sokongan bagi membantu para usahawan wanita membuat pusingan modal bagi mengembangkan perniagaan mereka. Seramai 1,000 orang usahawan wanita yang layak telah hadir bagi menerima sumbangan ini. Bantuan ini turut melibatkan 36 DUN di 12 daerah Negeri Kedah. Dalam majlis yang sama, turut diadakan taklimat perkongsian usahawan dari Siti Nabilah Dol Bahrin atau dikenali juga dengan panggilan Kak Nab. Hadir sama Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato' Wira Syed Khairol Anuar Syed Abidin, Barisan Ahli Mesyuarat Negeri Kedah dan ADUN Negeri Kedah. #UrusSetiaPeneranganDarulAman #MBKedah -UPDA 10/15/2024, 7:01:47 PM
Post a Comment