BAJET 2025: RM500 RIBU DANA TABUNG PERUBATAN SEJAHTERA
BAJET 2025: RM500 RIBU DANA TABUNG PERUBATAN SEJAHTERA ALOR SETAR – Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM500 ribu bagi Tabung Perubatan Sejahtera dalam pembentangan Bajet 2025. Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan, YB Mejar (B) Mansor Zakaria berkata, tabung ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri agar dapat membantu pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan. "Dengan adanya kelangsungan tabung ini saya berharap agar beban pesakit-pesakit yang kurang berkemampuan untuk membiayai peralatan perubatan ini dapat dikurangkan. "Bagi makluman dewan yang mulia pada tahun 2023 perbelanjaan tabung ini telah dibelanjakan sebanyak RM 252,346.00 di beberapa hospital yang telah terpilih untuk menerima peruntukan ini," ujarnya dalam sesi penggulungan di Sidang Dewan Undangan Negeri. Beliau turut memaklumkan, peruntukan ini telah disalurkan kepada beberapa hospital terpilih seperti Hospital Sultanah Bahiyah, Hospital Sultan Abdul Halim, Hospital Kulim, Pejabat Kesihatan Daerah Kulim dan Pusat Kesihatan Daerah Pendang. "Insha Allah dalam tahun hadapan agihan peruntukan ini juga akan diperuntukkan kepada Hospital Baling dan Hospital Pendang. Peruntukan ini akan diuruskan oleh Unit Kerja Sosial hospital tersebut. "Saya juga menyeru rakyat di luar sana agar dapat memanfaatkan bantuan ini dengan sebaiknya," ujar Mansor. #sidangbajetkedah2025 #urussetiapenerangandarulaman -UPDA 11/27/2024, 3:15:10 PM
Post a Comment