𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐈𝐒𝐘𝐓𝐈𝐇𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐕𝐀𝐑𝐈𝐄𝐓𝐈 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐂𝐈𝐋𝐈 𝐌𝐀𝐑𝐃𝐈
ADUN Kuah, YB Amar Pared Mahamud menghadiri Majlis Pengisytiharan Varieti Baharu Cili Mardi yang diadakan di Taman Agro Teknologi MARDI Langkawi, baru-baru ini.
Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Dato’ Seri Isham Ishak dengan gimik perasmian dan pelancaran cili L5.
MARDI telah memperkenalkan satu lagi tanaman cili L5 yang dapat menjana pendapatan bagi usahawan dan pekebun kecil dan sederhana.
Turut hadir, Exco Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji AB. Ghani; ADUN Ayer Hangat, YB Shamsilah Siru; Ketua Pengarah Mardi, Dato’ Dr. Haji Mohamad Zabawi Abdul Ghani, dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Langkawi, Haji Zulkifli Abdullah.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
Post a Comment