Header Ads

test

 

Pengerusi Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam Abd Samat merangkap Pengerusi Lembaga Maktab Mahmud (LMM) mempengerusikan mesyuarat yang membincangkan tentang satu perkara penting dan bermakna untuk Maktab Mahmud Langkawi.
Mesyuarat tersebut dihadiri oleh CEO Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato' Syeikh Zakaria Othman; Setiausaha LMM, Jusrianuar Jamarudin; Pegawai Agama Langkawi, Syeikh Lokman, Ketua Akademik LMM, Ustaz Asri; Ketua Pembangunan LMM, Fazil; Pengetua Maktab Mahmud Langkawi, Cikgu Sopiah; Wakil Masjid Jamek Al-Qodim dan pegawai-pegawai lain.

Fokus utama adalah membina makmal dan tandas tambahan bagi menggantikan bangunan lama yang berada di tanah masjid sejak institusi pendidikan ini dibina awal-awal dahulu.


Pada masa yang sama, pihak masjid juga merancang pembangunan yang lebih baik, demi keselesaan jemaah dan ingin memastikan segala pembangunan ini mengikut syarat yang ditetapkan oleh syarak.
Semoga segala perancangan ini berjalan lancar dan menjadi amal jariah yang bermanfaat kepada semua.

Tiada ulasan