Header Ads

test

GERAN I-SEJAHTERA DAN MIKRO KREDIT: PEMANGKIN USAHAWAN KEDAH


ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah melalui Unit Pembangunan Usahawan Negeru Kedah (UPUK) membuka permohonan Skim Pinjaman Mikro Kredit dan Geran i-Sejahtera Negeri Kedah.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin, Skim Pinjaman Mikro Kredit Negeri Kedah dilaksanakan bermula pada tahun 2015 hingga tahun 2021 dan telah dimanfaatkan oleh lebih 1,562 penerima.
Katanya, bagi tahun 2024 sebanyak 26 usahawan telah layak dan dipilih untuk menerima pinjaman ini.
"Para penerima pinjaman ini melibatkan usahawan yang menjalankan perniagaan makanan dan minuman, perkhidmatan, peruncitan, pertanian, automatif dan fesyen dan tekstil," ujar beliau dalam Majlis Penyerahan Mock Cheque Bagi Pembiayaan Geran Perniagaan i-Sejahtera dan Skim Pembiayaan Mikro Kredit i-Sejahtera Negeri Kedah 2024 bertempat di Wisma Darul Aman, hari ini.
Jelas beliau lagi, seramai 80 usahawan telah melepasi tapisan kelulusan geran Perniagaan i-Sejahtera.
Tegasnya, pihak kerajaan akan melaksanakan pemantauan berkala kepada penerima-penerima geran bagi mengenalpasti keupayaan para usahawan dalam meningkatkan taraf perniagaan masing-masing setelah menerima bantuan.
"Hasrat dan harapan kerajaan negeri Kedah adalah bantuan yang telah diterima dapat dimanfaatkan dengan baik sebagai usaha dalam meningkatkan tahap kebolehpasaran perniagaan masing-masing.
"Penerima Geran i-Sejahtera bagi Pembelian Mesin/Peralatan adalah tidak dibenarkan menjual balik peralatan dan mesin diterima oleh kerajaan negeri Kedah sekurang-kurangnya 5 Tahun," ujarnya lagi.


 

Tiada ulasan