PERUNTUKAN RM425 JUTA DISALURKAN KEPADA MANGSA BANJIR
ALOR SETAR – Kementerian Kewangan menghantar skuad pembersihan kepada mangsa banjir Kedah melalui pasukan Skuad Ihsan MADANI seramai 120 ahli bagi membantu kerja-kerja pembersihan di beberapa kawasan sekitar Alor Setar.
"Bagi usaha pihak kerajaan, kerajaan telah menyalurkan sebanyak RM425 juta untuk usaha bantuan banjir dan ini telah menolong menyegerakan pembaikan dan apa-apa yang diperlukan di masa hadapan," ujarnya.
Beliau berkata demikian sewaktu lawatan Skuad Ihsan MADANI di kawasan MADA Kampung Sungai Baru, Alor Setar, semalam.
Tambahnya, lawatan ke atas mangsa banjir ini merupakan satu inisiatif daripada pihak Kementerian Kewangan sebagai tanda kebersamaan terhadap komuniti yang diuji dengan musibah banjir.
Jelasnya, perkara ini juga dapat meningkatkan semangat serta sikap bersatu padu serta tolong-menolong di antara agensi kerajaan, syarikat swasta serta syarikat GLC Malaysia dalam meghulurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas.
Selain itu, turut diadakan penyerahan sumbangan kepada 52 Ketua Isi Rumah (KIR) di PPS Sekolah Kebangsaan Gunong dan 86 KIR di PPS Sekolah Kebangsaan Sri Gunong.
“Saya juga mengambil peluang melawat Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) yang juga terjejas akibat banjir dan berkemungkinan lapangan terbang tersebut akan dibuka semula pada minggu hadapan,” jelasnya.
Post a Comment