Header Ads

test

PELEPASAN BENIH IKAN SUNGAI INCHONG: USAHA KELESTARIAN SUMBER PERIKANAN

 


Jabatan Perikanan Negeri Kedah mengambil langkah proaktif dengan melepaskan 100,000 benih ikan lampam di Sungai Inchong bagi memastikan kelestarian sumber ikan sungai.
ADUN Bandar Baharu, YB Ts Dr Mohd Suffian Yusoff, menekankan kepentingan menjaga ekosistem sungai dan menggalakkan nelayan bergiat aktif melalui persatuan untuk memudahkan penyaluran bantuan kerajaan.
Acara ini turut menyaksikan pemberian lesen kepada nelayan berdaftar dan sumbangan bakul makanan kepada 10 penerima.
Hadir sama, Pegawai Perikanan Bandar Baharu, Puan Sazila Zulkifli; Penghulu Mukim Bagan Samak, Encik Mohd Fadhil; kakitangan PKWR Dun Bandar Baharu, anggota JPAM, PDRM, nelayan darat dan penduduk Kampung Paya Salak.
Langkah ini bukan sahaja menyokong pendapatan nelayan darat tetapi juga memastikan khazanah sungai terus terpelihara untuk generasi akan datang.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"


Tiada ulasan