Header Ads

test

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kampung Sejahtera Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024

Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kampung Sejahtera Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 di Dewan Tuanku Permaisuri Hajjah Haminah UniSHAMS.

Pertandingan Kampung Sejahtera ini bertujuan untuk menggalakkan pembangunan holistik kampung melalui aspek kebersihan seperi yang dihasratkan oleh Menteri Besar Kedah, bagi menjadikan negeri Kedah, negeri yang terbersih di dunia.


Selain itu, pertandingan ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada kampung-kampung untuk mempersembahkan inisiatif dan projek yang boleh memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat dalam usaha menjadikan kampung mereka lebih sejahtera, maju dan berdaya saing.
Hadir sama Speaker Negeri Kedah, YB Zubir Ahmad; barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah, Ahli Parlimen Negeri Kedah, Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Dato’ Haji Mohd Fauzi Mustaffa, Pegawai Daerah Baling, Yazlan Sunardie Che Yahaya, Naib Canselor UniSHAMS, Profesor Dr Mohd Amy Azhar Dato’ Haji Mohd Harif.


 

Tiada ulasan