Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin menghadiri Majlis Menandatangani Memorandom Persefahaman di antara Platform Apps Sdn. Bhd (MYCAR) dan Persatuan Tuan Empunya Dan Pemandu Kereta Sewa Langkawi yang berlangsung di Dewan Auditorium Kompleks Pertahanan Awam Malaysia, Langkawi.
Majlis menandatangai tersebut diantara Ketua Pegawai Eksekutif My Car, Datuk Noor Sheena Mohd Maideen dengan YDP Persatuan Teksi Langkawi, Loqman Azahar.
Majlis MOU turut disaksikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, YB Zubir Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangn dan Pengangkutan Negeri Kedah, YB Haji Dzowahir Ghani; Pegawai Daerah Langkawi, YBrs Tuan Mohamad Subhi Abdullah dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), YBhg. Dato' Haslina Abdul Hamid.
Post a Comment