Header Ads

test


 

Pegawai Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Pendang dan DUN Tokai telah menyampaikan sumbangan kerusi roda dan bakul makanan kepada saudara Fauzi dari Kampung Bukit Raya Dalam.
Penyerahan sumbangan berlangsung di perkarangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat di Gajah Mati.
Saudara Fauzi, yang baru sahaja menjalani pemotongan kaki, hadir bersama isterinya dengan diiringi Pengerusi MKK Bukit Raya Timur, saudara Aziz.
Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban dan membantu beliau dalam meneruskan kehidupan seharian.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan