Header Ads

test

ADUN LUNAS SANTUNI 20 KELUARGA MASYARAKAT INDIA & SERAH SUMBANGAN KOTAK LUNAS PRIHATIN


ADUN Lunas, YB Khairul Anuar Ramli, meluangkan masa menyantuni 20 keluarga masyarakat India di sekitar Kampung Paya Besar dalam sebuah program penyampaian sumbangan kotak Lunas Prihatin yang diadakan di Pusat Khidmat DUN Lunas.
Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan mengekalkan hubungan baik dalam masyarakat berbilang kaum agar nilai perpaduan ini dapat diwarisi oleh generasi akan datang.
Beliau turut menegaskan bahawa di bawah pentadbiran DUN Lunas, setiap bantuan diberikan tanpa mengira warna kulit atau bangsa, selagi penerima layak dan memerlukan pembelaan yang sewajarnya.
Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Tarmizi, Pengerusi MKK Kampung Paya Besar, atas kejayaan menganjurkan program ini dengan lancar dan penuh makna.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan