Header Ads

test

Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda merangkap Yang Dipertua MAIK telah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Agama Islam negeri Kedah yang bersidang pada hari ini di Bilik Mesyuarat Saidina Abu Bakar, JHEAIK.


Patik merafak sembah dan menjunjung kasih atas limpah perkenan Tuanku dalam memimpin dan memperkasa institusi agama di negeri Kedah.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, kebijaksanaan dan keberkatan yang berpanjangan kepada Tuanku dalam memayungi umat Islam di negeri ini.
Didoakan juga agar negeri Kedah terus aman, makmur dan dirahmati Allah SWT.

Tiada ulasan