Alhamdulillah, program ziarah Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tanjong Dawai telah berlangsung di Kg Merbok dengan penuh keprihatinan dan semangat kebersamaan.
Program ini bertujuan untuk mendekati masyarakat serta berkongsi maklumat terkini berkaitan inisiatif dan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.
Selain itu, sumbangan Beras Sejahtera dan barangan dapur turut disampaikan kepada penduduk yang memerlukan sebagai tanda sokongan dan perhatian terhadap kesejahteraan mereka.
Semoga usaha ini dapat membantu meringankan beban penerima serta memperkukuh hubungan antara pemimpin dan rakyat.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini dengan penuh dedikasi.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"
Post a Comment