Header Ads

test


 

Kakitangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Tokai, Saudara Jailani, bersama pegawai MADA Kota Sarang Semut, En. Mohd Ali, telah turun padang meninjau keadaan sungai di Kobah.
Tinjauan ini dilakukan susulan aduan penduduk mengenai tumbuhan menjalar dan terapung yang mengganggu aliran sungai, sekali gus berpotensi menjejaskan ekosistem serta kelancaran sumber air.



Sungai ini berada di bawah seliaan MADA Kota Sarang Semut, dan permohonan untuk kerja-kerja pembersihan serta penyelenggaraan sepanjang 2km telah disampaikan kepada pihak berkenaan.
Semoga usaha ini dapat memastikan sungai kembali bersih dan berfungsi dengan baik demi kesejahteraan masyarakat setempat.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan