Header Ads

test

MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BIL 1/2025


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kedah Darul Aman di Bilik Gerakan Utama, Wisma Darul Aman.
Antara intipati perbincangan bersama berkaitan kerjasama kerajaan negeri dengan pihak berkuasa tempatan serta agensi yang terlibat bagi perancangan dan penambahbaikan acara sepanjang Tahun Melawat Kedah 2025.
Di samping itu, beberapa cadangan baru bagi mengangkat sektor pelancongan Kedah ke arah yang lebih baik.
Turut hadir bersama ADUN Derga, YB Muhamad Amri Wahab; ADUN Kuah, YB Amar Pared Mahmud; Pengarah BPEN, Mohd Junaidi Mat Rani; Pengurus Besar Kedah Tourism, Zaidi Omar; Ketua-ketua Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Wakil-wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kedah serta agensi yang terlibat dalam sektor pelancongan di Kedah.

Tiada ulasan