Header Ads

test

JELAJAH PERMATAKU SEJAHTERA SANTUNI ENAM BAYI DUN JENERI


SIK - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato' Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali menyantuni enam buah keluarga yang baru menerima cahaya mata di DUN Jeneri.
Bayi yang disantuni melalui Program Jelajah Permataku Sejahtera Negeri Kedah itu adalah adik Muhammad Adib, Muhammad Edika, Nur Huwaina Ibtisam, Nur Ainul Mardhiah, Nurdayana Afiyah dan Nur Annisa Humaira.
Menurut YB Dato' Ustazah Hajah Siti Ashah, program Permataku Sejahtera adalah salah satu program di bawah kerajaan negeri Kedah yang menyediakan bantuan kewangan sebanyak RM200 kepada setiap bayi yang dilahirkan di Kedah bermula Mac 2024 melalui akaun Simpan SSPN Prime.
“Saya merayu kepada ibu bapa yang baru melahirkan anak dalam tempoh enam bulan yang berpendapatan RM4,000 ke bawah, sila pergi ke PKWR di seluruh DUN untuk mendapat sumbangan daripada kerajaan negeri.
“Semoga program ini berjalan lancar untuk masa depan anak-anak agar dapat menuntut ilmu dengan lebih terjamin kerana mempunyai simpanan sejak awal kelahiran,”ujarnya.
Turut hadir bersama Pegawai Khas ADUN Jeneri, MKK dan Pegawai PTPTN.

Tiada ulasan