Header Ads

test

LAWATAN ADUN BUKIT LADA & DATUK BANDAR ALOR SETAR KE MARKET LAMA POKOK SENA: TINJAUAN ISU PENIAGA


ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood, bersama Datuk Bandar Alor Setar, Dato' Abdul Gafar Yahya, serta Pegawai Daerah dan Tanah Pokok Sena, Tuan Mohamad Rizal Mohamad Radzi telah mengadakan lawatan ke Market Lama Pokok Sena bagi meninjau keadaan dan mendengar permasalahan para peniaga.
Dalam sesi lawatan tersebut, beberapa isu telah dibangkitkan, antaranya masalah lampu yang tidak berfungsi, yang menyebabkan suasana gelap pada waktu Subuh dan ketika hujan, sekali gus menjejaskan keselamatan dan keselesaan peniaga serta pengunjung.
Selain itu, beberapa isu lain turut dikemukakan oleh para peniaga kepada pihak berkuasa yang hadir.
InsyaAllah, perkara ini telah dimaklumkan terus kepada Datuk Bandar oleh para peniaga, dan tindakan segera akan diambil bagi menyelesaikan permasalahan ini.
Diharapkan usaha ini dapat membantu melancarkan urusan peniaga serta mewujudkan persekitaran yang lebih selesa dan selamat untuk semua.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan