Header Ads

test

 


Jumaat yang lalu, ADUN Anak Bukit, YB Rashidi Razak, bersama Yayasan Iktisad Malaysia, turun padang untuk menyampaikan bantuan pek makanan kepada penduduk di dua buah kampung dalam Program Kebangkitan Bersama Pasca Banjir.
Kampung Gunong Hilir menjadi destinasi pertama, dan Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar dalam suasana yang penuh keikhlasan dan semangat kebersamaan.
Pada sebelah petang, YB Rashidi Razak bersama pasukan Yayasan Iktisad Malaysia dan Ahli Parlimen Kuala Kedah, YB Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi, meneruskan misi tersebut di Kampung Pulau Kerengga, bertempat di Surau Lebai Teh.
Turut hadir adalah Pengerusi dan Setiausaha MKK kampung tersebut.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Tuan Muhammad Azerol, CEO Yayasan Iktisad Malaysia, serta para pegawai yang turut menyumbang dan berkongsi rezeki bersama masyarakat DUN Anak Bukit.
Semoga segala jasa dan kebaikan ini dibalas dengan rahmat oleh Allah SWT.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan