Header Ads

test

PESTA ANGIN TIMUR ANTARABANGSA PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU TARIK 3,000 PENGUNJUNG

 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin merasmikan Penutupan Pesta Angin Timur Antarabangsa Peringkat Daerah Kubang Pasu di Kampung Matang Kenanga, Jerlun.
Program berlangsung selama tiga hari bermula 20 hingga 22 Februari 2025 itu turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta, Mini Zoo, Street Soccer, Perlawanan Bola Sepak Antarabangsa Kain Pelikat, Perlawanan Bola Baling Kain Batik, Pertunjukan Wau dan lain-lain.
Pesta ini berjaya menarik 3,000 lebih penyertaan orang ramai sama ada berkunjung untuk melihat sendiri pameran yang diadakan dan mengambil bahagian dalam acara-acara yang dipertandingkan.
Pesta Angin Timur ini merupakan acara tahunan dan sudah kali keempat diadakan di Kampung Matang Kenanga.
Penganjuran ini memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan di Kedah, seterusnya merancakkan lagi Tahun Melawat Kedah 2025 (TMK2025) dengan kehadiran 24 pelajar-pelajar dari Universiti Kyoto Sangyo, Jepun dan pelajar-pelajar lain dari merata pelosok Asia bagi merasai 'Experience Kedah'.
Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, Azhar Ibrahim; ADUN Kota Siputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir; Ahli Parlimen Jerlun, Dr. Abdul Ghani Ahmad dan Pegawai Daerah Kubang Pasu, Muhamad Mahazi Ibrahim.

Tiada ulasan