MANFAAT PROGRAM ILHAM DAN KOMPAS DAPAT MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN
Program Inisiatif Latihan dan Transformasi Asatizah (ILHAM) telah melibatkan 100 orang guru daripada 36 Sekolah Agama Rakyat Negeri Kedah, bertempat di The Purest Hotel, Sungai Petani.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah agama melalui latihan dan transformasi asatizah.
Inisiatif ini bertujuan untuk mengurangkan risiko keciciran dalam kalangan pelajar dan membantu mereka menamatkan pendidikan menengah dengan memperoleh sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Pengerusi Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam Abd Samat mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Pasukan Penyelidik Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam Program Komitmen Kedah Mendidik Pelajar Sukses (KOMPaS) yang diketuai oleh Prof. Dr. Rosna Awang Hashim, Prof. Dr. Norhafezah Yusoff, Prof. Madya Puan Noraziah Che Pa, dan para penyelidik lain.
Setinggi-tinggi juga buat Syeikh Hasbullah Md. Mukhtar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) diatas kerjasama anjuran terbabit.
Latihan dan transformasi yang diberikan kepada guru-guru melalui program ILHAM membantu meningkatkan kemahiran pedagogi, seterusnya meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah-sekolah agama.
Pengurangan Risiko Keciciran Melalui inisiatif KOMPaS, pelajar yang berisiko tercicir diberikan sokongan dan intervensi yang diperlukan untuk memastikan mereka dapat menamatkan pendidikan menengah dengan jayanya.
Penggunaan Teknologi dalam Pendidikan dapat mendedahkan aplikasi MyBUDDY yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) membantu mengenal pasti pelajar berisiko tercicir dengan lebih awal, membolehkan intervensi yang lebih tepat dan berkesan.
Kerjasama Strategik dalam Program-program ini menunjukkan kerjasama erat antara institusi pendidikan tinggi, kerajaan negeri dan organisasi lain dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan dan menangani isu keciciran pelajar di negeri Kedah.
Secara keseluruhan, kedua-dua program ini memainkan peranan penting dalam memperkasakan pendidikan di negeri Kedah, memastikan guru-guru dan pelajar menerima sokongan dan sumber yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan akademik dan peribadi.
Post a Comment