KEDAH SEDIA KERJASAMA TUBUH UNIVERSITI TEKNIKAL
ALOR SETAR – Kerajaan Negeri Kedah bersedia membuka jurusan baharu dalam bidang kejuruteraan di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS) jika terdapat permintaan sejajar dengan keperluan semasa.
Langkah itu diambil untuk memenuhi keperluan industri dan menyediakan peluang pendidikan yang relevan kepada generasi muda.
Beliau berkata demikian dalam Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ketiga Belas Bersama Negeri Kedah.
Dalam masa yang sama, kerajaan negeri turut bersedia untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi menubuhkan sebuah Universiti Teknikal di negeri ini.
Tambahnya, kerajaan negeri komited dalam memastikan pembangunan pendidikan terus menjadi keutamaan selain menyokong pertumbuhan modal insan yang berkualiti untuk negeri dan negara.
Sanusi turut menyeru agar isu politik diketepikan dalam membincangkan pembangunan rakyat.
“Kerjasama antara negeri dan Kerajaan Pusat adalah asas utama untuk menjadikan negara ini lebih kukuh.
"Jika negeri-negeri di Malaysia dibangunkan secara seimbang, barulah kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah,” katanya.
Post a Comment