Header Ads

test

KERAJAAN PERSEKUTUAN PERLU ADIL DALAM KESEIMBANGAN EKONOMI NEGERI


 

ALOR SETAR – Kerajaan Persekutuan perlu menyediakan infrastruktur asas yang setara di negeri Kedah bagi memastikan keseimbangan pembangunan ekonomi antara negeri-negeri di Malaysia.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pembangunan asas perlu dipenuhi terlebih dahulu agar rakyat Kedah mendapat peluang yang sama.
“Jadi permintaan kami (Kedah) ni adalah untuk mempersiapkan infrastruktur asas supaya kami dapat meneruskan langkah berikutnya.
“Adalah kurang adil jika ekonomi negara ini ‘tuning’nya dibuat berasaskan persiapan-persiapan yang telah tersedia di negeri-negeri yang telah maju seperti di Lembah Klang lalu diajak untuk bersaing dengan liga yang sudahpun hebat, tetapi di peringkat kami banyak perkara-perkara asas belum dapat diselesaikan,” katanya.
Tambahnya, meskipun negeri Kedah menunjukkan pencapaian pelaburan yang memberangsangkan sejak beberapa tahun yang lepas, pencapaian ini perlu dipertingkatkan ke tahap yang lebih baik di masa akan datang.
Sanusi berkata, dari segi perbandingan tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Kedua Belas, Rancangan Struktur Negeri Kedah 2035 dan Pelan Pembangunan Kedah 2035 yang bermula sejak tahun 2021 telah menunjukkan peningkatan yang positif terutamanya dari sudut pelaburan.
“Kerajaan Negeri Kedah berhasrat untuk meningkatkan peratusan sumbangan negeri kepada KDNK negara ke arah peratusan yang lebih tinggi dengan sasaran sebanyak 10.0 peratus agar ianya seimbang dan setaraf dengan negeri-negeri maju,” ucapnya sewaktu Program Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ketiga Belas (Rmk13) Negeri Kedah Darul Aman di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar.
Jelasnya lagi, adalah menjadi harapan agar Kerajaan Persekutuan membuat perseimbangan di dalam konteks ini supaya kitya tidak lagi membandingkan negeri miskin dan negeri maju dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara.
Katanya perkata ini sejajar dengan perjanjian pembentukan Malaysia iaitu keadilan adalah untuk semua di peringkat negeri.
“Saya berharap cita-cita ini akan diberi sokongan oleh Kementerian Ekonomi dan negeri Kedah terus diberi tumpuan yang lebih di bawah Rancangan Malaysia Ketiga Belas,” ujarnya.

Tiada ulasan