Header Ads

test

KEDAH TURUT FOKUSKAN PELANCONGAN ILMU



YAN - Sempena Tahun Melawat Kedah 2025, kerajaan negeri turut membawa agenda pelancongan ilmu kepada para pelancong luar dan dalam negara.
Menurut Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat, selain daripada mempunyai tempat yang menarik, Kedah juga mempunyai kekuatan sebagai pusat ilmu kerana memiliki pondok-pondok dan para asatizah yang berpengaruh.
"Kita nak pastikan pelancong bukan hanya datang untuk tumpuan mata mereka sahaja tapi turut mendapat pengisian ilmu yang diperolehi oleh para tuan guru di Kedah," ujarnya dalam Majlis Sungai Limau Berselawat dan Forum Perdana di Jambatan Pulau Bunting, semalam.
Tambahnya lagi, matlamat utama pelancongan untuk ekonomi tetapi jika tidak disemarakkan dengan ilmu maka sukar memberi kesan mendalam untuk mempengaruhi masyarakat.
Jelasnya lagi, semua pihak perlu persiapkan diri untuk menerima kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara dengan menyantuni, beramah mesra dan menjaga kebersihan.
"Mereka mungkin bukan hadir sekali sahaja di Kedah jika sudah berpuas hati dengan kebersihan, keindahan tempat dan keramahan rakyat Kedah," kata beliau.

Tiada ulasan