KAMPUNG SEJAHTERA SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN
KUALA KETIL – Komuniti kampung diberi peluang mengetengahkan pelbagai inisiatif dan projek bagi mencapai kampung sejahtera, berdaya saing dan maju.
“Untuk mencapai tujuan itu, penting untuk kita ialah bermuafakat, bersatu hati dan berusaha bersama-sama dalam mencapai kejayaan,” katanya.
Tambahnya, kejayaan yang dicapai bukan sahaja memberikan manfaat kepada komuniti setempat malah meningkatkan produktiviti dan ekonomi kampung.
“Usahawan-usahawan kecil dapat menggalakkan penjualan produk tempatan seperti kraf tangan, makanan tradisi atau hasil pertanian dan lain-lain dan secara tidak langsung dapat menjana pendapatan.
“Kita akan berbangga dengan kampung halaman dan masyarakat kita,” ujarnya.
Beliau berkata demikian sewaktu ucapan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Kampung Sejahtera Peringkat Negeri Kedah Tahun 2024 di Dewan Tuanku Permaisuri Hajah Haminah, UniSHAMS, Kuala Ketil.
Jelasnya lagi, pelbagai program dan aktiviti sedang dirangka dan dibuat pembaharuan untuk menjamin kesejahteraan komuniti di kampung supaya penduduk-penduduk di kampung tidak tercicir dari segala aspek setanding dengan bandar-bandar yang membangun.
Sanusi berkata, kerajaan negeri juga telah mengetengahkan pembaharuan kepada MKK melalui program caruman PERKESO yang akan bermula pada tahun ini.
“Diharapkan dengan inisiatif dan pembaharuan yang diketengahkan ini, komuniti kampung dapat terus menerus berbakti dan menabur budi pada kampung, daerah dan negeri.
“Sempena Tahun Melawat Kedah 2025, adalah menjadi harapan saya agar kampung-kampung yang ada di seluruh negeri Kedah dengan nikmat pemandangan dan suasana indah, akan menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara untuk berkunjung lagi ke negeri kita pada masa depan,” ucapnya.
Post a Comment