Header Ads

test

Pengerusi Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam Abd Samat mengetuai delegasi Kedah dalam kunjungan hormat ke Pejabat Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) YBhg. Dr. Mohamad Kori Jusoh di Kompleks Islam Putrajaya.
Kunjungan hormat itu menjadi medan perbincangan yang bermakna dalam memperkukuh kerjasama strategik antara negeri dan agensi pusat.
Dalam pertemuan itu, perbincangan tertumpu kepada usaha memperkasakan industri halal di negeri Kedah, termasuk program kesedaran dan latihan, inisiatif pensijilan halal, serta langkah-langkah strategik bagi merancakkan sektor keusahawanan halal.
Selain itu, turut dibincangkan kerjasama dengan agensi pembimbing dalam memastikan ekosistem halal yang lebih kukuh dan berdaya saing.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen Kedah dalam memperluaskan potensi industri halal, bukan sahaja untuk manfaat usahawan tempatan, tetapi juga sebagai langkah proaktif menjadikan negeri ini sebagai salah satu hab halal yang disegani.
Delegasi Kedah turut dihadiri Penolong Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Kedah (BPENK) merangkap Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah (UPUK), Mohd Juwaidi Mahmood; Penolong Pengarah BPENK, Muhammad Naqiuddin Razali; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JHEAIK, Syeikh Ahmad Shukri Mohammed serta Timbalan pengurus Bahagian Pemasaran dan Jualan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Mohamad Azri Halim.

Tiada ulasan