Header Ads

test

240 KELUARGA TERIMA BERAS DAN BARANGAN DAPUR


ADUN Merbau Pulas, YB Dato Hajah Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali sempat bersama-sama penduduk di Kampung Banggol Penyengat untuk menyempurnakan program Sumbangan Beras Sejahtera.
Program ini merupakan inisiatif untuk meringankan beban keluarga yang memerlukan, terutamanya dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa.
Sebanyak 240 keluarga dari 12 kampung sekitar Kampung Banggol Penyengat telah menerima sumbangan beras pada hari tersebut.
Program ini bukan sahaja tentang memberi bantuan material, tetapi juga tentang membina hubungan dan mengeratkan silaturrahim dalam komuniti.

Tiada ulasan